Bismillah. Cara praktikal merawat kegugupan, belajar adab komunikasi dan naikkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan audien serta pelajari Teknik Persembahan Visual.

RE: Darah Gemuruh paling menakutkan! Seolah-seolah seperti penyakit yang sukar dirawat namun ada kaedah rawatan agar dapat dikawal dan mampu berbicara serta dapat menggunakan bahasa badan sepenuhnya.

Sedikit maklumat mengenai tenaga pengajar.

Muhammad Suhaily George bin Abdullah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 2000 dalam bidang ICT. Melepaskan jawatan yang disandang akhir tahun 2008, bermula dari itu beliau hanya menjalankan perkhidmatan melalui latihan kursus, bengkel dan seminar yang memfokuskan Teknik Persembahan, Persembahan Slaid PowerPoint dan Microsoft Excel serta latihan lain seperti Photoshop, Blog dan Pemasaran online. Sedikit maklumat kursus yang dijayakan. Klik Muhammad Suhaily

Skil dan pengalaman latihan pelancongan, perhotelan, penerbangan dan F&B juga banyak membantu beliau untuk terus belajar.


Assalammualaikum/Salam sejatera tuan dan cik puan yang dirahmati Allah.

Latihan ini hanya dikhususkan untuk peserta yang sukar mengawal perasaan gemuruh, seolah-olah perasaan itu sentiasa ada setiap kali mula berbicara, perasaan yang sukar digambarkan dan ia sentiasa hadir dalam pelbagai situasi. Jika inilah yang anda sering hadapi, inilah masa sesuai untuk merawatnya. Perasaan gugup tidak boleh dilawan, ia perlu dikawal dengan ketenangan dalaman yang mana fokus utama adalah hati dan minda.

In shaa Allah saya akan berkongsi beberapa kaedah selama berkecimpungan dalam bidang latihan pembentangan lebih 10 tahun dan juga semasa bersama latihan penerbangan Cabin Crew 20 tahun lepas.

Baik, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Jika anda biasa melakukan pembentangan dan gugup itu hanyalah perkara biasa, tidak risau bila mula berbicara, tidak segan bila berhadapan dengan audien, tidak terketar-ketar melakukan sesuatu, idea sentiasa hadir bila berbicara maka latihan intensif ini bukan untuk anda.

Jika anda hadapi situasi:-
1. Gemuruh tidak terkawal
2. Idea ada tetapi tidak mampu berbicara
3. Anggota badan turut terkena tempias(tangan terketar-ketar, jari seram sejuk)
4. Segan dan gusar bila diminta kedepan untuk berbicara
5. Segan dengan kekurangan diri
Maka rawatlah dengan menghadiri latihan ini, In shaa Allah boleh diperbaiki dengan latihan praktikal dan mohonlah kepada yang maha kuasa untuk membantu secara dalaman.

Taipkan email kemudian klik pada butang Sign Up Now!:

Delivered by FeedBurner

Peluang untuk yang benar-benar mahu merawat darah gemuruh dengan beberapa kaedah. In shaa Allah kita belajar dan praktikkan sampai mampu berbicara dengan baik.

Tuan dan cikpuan boleh mendaftar Pra-Pendaftaran hari ini atau jika ada sebarang kemuskilan boleh juga diajukan melalui borang ini.

TARIKH TERBARU: Ogos 2019. Hanya 10 kekosongan sahaja setiap sesi, daftar untuk pra-pendaftaran agar tidak terlepas peluang.

Berapa yuran yang dikenakan? Hanya RM300.00 sahaja untuk sesi sehari. Tawaran termasuk makan minum beserta sijil.

Apa yang perlu anda bawah semasa bengkel dijalankan.

Mohon untuk membawa LAPTOP dan pastikan ada perisian Powerpoint bagi memudahkan pembelajaran. Disarankan juga agar membawa buku sebagai nota tambahan.

Bercakap dengan tenang dan beradab, mereka suka. Bercakap dengan impak dan berisi, mereka ingat dan In shaa Allah lekat dihati


Mereka(pelajar)hadir dengan semangat, pulang dengan ilmu!, Alhamdulillah.

Peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai semangat yang sama, secara tidak langsung menjadikan program ini lebih menarik.

Peluang untuk berkongsi kejayaan akan dapat dibentuk dalam kursus ini, yang menariknya tuan dan cikpuan diberi peluang one to many dengan rakan-rakan lain.. Ya, How lucky you are to be given the opportunity to stand out in...

"Adakalanya dengan semangat tidak cukup untuk menjadi seorang itu hebat, kita perlu membina bakat dan kemahiran yang ada.yakinberucap1

"Percakapan tuan dan cikpuan akan lebih jelas, sematkan dalam diri bahawa kita mempunyai satu misi dan visi yang perlu diketahui oleh diri sendiri.

Tuan dan cikpuan juga akan lebih matang untuk mengenali siapa diri yang sebenar, keyakinan akan wujud secara perlahan, watak berubah namun menjadi diri sendiri...riak muka mencerminkan keperibadian yang tinggi....usaha pasti tidak akan sia-sia. In Shaa Allah.

yakinberucap2

Tidak kira diri kita siapa! jika kita adalah insan istimewa, kita pasti akan menjadi seorang insan yang teristimewa dalam program ini nanti.." jangan lemah dengan kekurangan diri, manusia sempurna belum tentu dalam dirinya hebat!

"Jika orang mengatakan kekurangan kita, kita harus bangun! itu adalah perkara biasa sebab itu adalah diri kita yang sebenar..bukan orang lain, kita hanya perlu belajar, yakin dan menggangap segala kekurangan adalah lumrah kehidupan yang boleh diperbaiki.

Protected by Copyscape Duplicate Content Penalty Protection
PRIVACY POLICY

Pihak kami amat mengambil berat mengenali maklumat yang kami perolehi daripada pengguna, samada maklumat seperti email, no telefon serta maklumat peribadi yang lain.

Sekiranya kami memperolehi maklumat anda melalui online maka maklumat anda akan dijaga sebaik mungkin tanpa ada pihak kedua untuk berkongsi maklumat peribadi anda bagi mengelakkan maklumat anda tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengumpulan data anda hanya bertujuan untuk memberi jalan penyelesaian kepada masalah anda dan segala data yang kami terima adalah atas budi bicara dan persetujuan anda untuk melayari, mengetahui,bertanya serta ingin mengikuti program yang kami tawarkan kepada anda.

ANDA DAN KAMI Anda bersetuju menyertakan maklumat anda seperti nama dan email serta no telefon bagi tujuan verifikasi agar kami dapat memberikan maklumbalas segala pertanyaan yang berkaitan dengan kandungan laman web blog ini.

Apabila pihak kami menghubungi anda semuanya berdasarkan minat anda untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program yang kami tawarkan dan seperti yang anda sediamaklum ada beberapa borang yang kami sediakan mempunyai link/rangkaian kepada borang pemberitahuan kepada rakan-rakan anda yang berminat dengan program yang kami tawarkan.

Pengumpulan maklumat ini adalah sebagai bahan promosi dan penyertaan kepada mereka yang tidak mengetahui kewujudan laman web ini. Setiap maklumat yang kami terima akan disimpan sebaik mungkin dan tidak akan dikongsi kepada pihak lain tanpa persetujuan dari anda. Kami amat mengambil berat mengenai hak anda sebagai pengguna/consumer dan pelawat bagi menjalankan usahasama yang berpanjangan serta menjaga hak anda sebagai pengunjung utama dalam laman ini.

Sekiranya anda mempunyai kemuskilan mengenai maklumat ini atau ingin bertanyakan mengenai isu lain seperti SPAM & SCAMMER sila email terus kepada: speakerpresenter@gmail.com atau hantarkan makluman anda kepada YM: suhailly Pihak kami sentiasa berkerjasama dengan anda mengenai isu-isu jenayah siber yang kini sedang berleluasa.


No posts.
No posts.
| Bengkel Powerpoint |
Copyright © 2011 Teknik Penyampaian dan Persembahan Hebat Melalui Powerpoint All Rights Reserved.